S01E05 | Baca atau Deklamasi Puisi?
M4A•منزل الحلقة
Manage episode 312009297 series 3213294
المحتوى المقدم من Silang Kata Podcast. يتم تحميل جميع محتويات البودكاست بما في ذلك الحلقات والرسومات وأوصاف البودكاست وتقديمها مباشرة بواسطة Silang Kata Podcast أو شريك منصة البودكاست الخاص بهم. إذا كنت تعتقد أن شخصًا ما يستخدم عملك المحمي بحقوق الطبع والنشر دون إذنك، فيمكنك اتباع العملية الموضحة هنا https://ar.player.fm/legal.
Setiap kali menjelmanya bulan Ogos, semangat kemerdekaan pasti akan terasa di seluruh negara. Pada waktu ini jugalah pengucapan puisi akan bergema dengan berlangsungnya Sayembara Deklamasi.Episod kali ini memberi fokus kepada deklamasi puisi dengan membincangkan hal ini dari sudut: - Bagaimanakah caranya mahu menghayati sesebuah puisi? Setiap orang pasti ada cita rasa yang berbeza. Apa pula perbezaan sajak dan puisi? - Acara Baca Puisi: Bagaimanakah landskap acara baca puisi di Malaysia. Adakah ia benar-benar medan penghayatan puisi atau sekadar alasan untuk berhimpun? - Sempena musim sayembara deklamasi puisi yang sedang berlangsung, ayuh telusuri sejarah perkembangan pertandingan ini dan persoalan adakah ia perlu diberikan suatu evolusi untuk menarik anak muda? Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
…
continue reading
20 حلقات